fbpx

Cuaca buruk di Semenanjung sehingga Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di beberapa negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini.

Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hari ini, esok dan Khamis, jangkaan berlaku ribut petir dan hujan lebat sama ada pada sebelah pagi, petang atau malam.

Pada petang ini, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta pedalaman Perak.

“Pada masa sama, Sarawak dijangka berlaku ribu petir di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Selain itu di Sabah pula, ribut petir diramal berlaku di pedalaman dan pantai barat selain Sandakan dan Kudat. Malah hujan turut dilaporkan di satu dua tempat di Tawau,” ujarnya.

MetMalaysia meramalkan pada malam ini, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang serta hujan di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Katanya, selain itu, ribut petir turut dijangka di beberapa kawasan di Sabah (pedalaman, Tawau dan Sandakan) pada malam ini serta hujan di satu dua tempat di Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI