fbpx

MRSM Kuantan nafi laporan empat pelajar kena tukar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian baju pelajar yang dikoyak masih dalam siasatan MRSM Kuantan.

PETALING JAYA – Laporan yang menyatakan Pihak Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan telah memindahkan pelajarnya yang dikatakan membuli adalah tidak tepat kerana tidak terdapat kes buli atau gengsterism yang berlaku di maktab tersebut.

Menurut pegawai dari bahagian Komunikasi Korporat Mara, Adham Hatta berkata, beberapa laporan berita yang dikeluarkan selepas sidang akhbar Timbalan Menteri Pendidikan II,Datuk Haji Hasbi Habibollah di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA di Kuching, Sarawak hari ini adalah tidak tepat.

“Beberapa media telah mengeluarkan berita dan didapati laporan tersebut adalah tidak tepat. Justeru saya mohon untuk berita tersebut di tarik balik tidak terdapat kes gangsterism atau buli di MRSM Kuantan sepertimana kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

“Kes yang berlaku masih di dalam siasatan pihak polis dan pelajar yang mendakwa menjadi mangsa telah dibawa pulang oleh ibu bapa pelajar terlibat,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook MRSM Kuantan Rasmi sebentar tadi.

Tambahnya, sehubungan itu pihaknya memohon kerjasama rakan-rakan media untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berkaitan perkara tersebut.

Terdahulu, terdapat laporan portal berita tempatan yang melaporkan pihak MRSM Kuantan telah mengambil tindakan disiplin dan memindahkan beberapa pelajarnya yang dilaporkan membuli ke sekolah lain.

Namun, laporan tersebut telah dibuang daripada portal tersebut sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI