fbpx

KPDNHEP usul kadar baharu minyak masak bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSOL pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat ke-67 Asean Working Group On Intellectual Property Cooperation (67th AWGIPC) di Melaka, hari ini. FOTO RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengusulkan penetapan kadar baharu minyak masak bersubsidi bagi kegunaan domestik dan eksport dalam Mesyuarat Kabinet depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, satu perbincangan telah dibuat bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berhubung penetapan melibatkan dua peringkat iaitu bagi kegunaan domestik dan eksport.

“Memang kita ada bincang, ada cadangan untuk nak buat two tiers (dua peringkat) iaitu minyak bagi domestik dan eksport.

“Walaupun kita (kementerian) berdua sudah bersetuju, namun (kadar baharu) ini perlu kabinet yang putuskan dan kita harap ia dapat dilaksanakan untuk meringankan beban negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Ke-67 Kumpulan Kerja Kerjasama Harta Intelek ASEAN (AWGIPC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Abdul Haris Lakar dan Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar.

Sementara itu, Rosol berkata, Mesyuarat Ke-67 AWGPIC yang berlangsung selama lima hari sehingga 26 Ogos ini menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk menyelaraskan kerjasama dalam bidang harta intelek di rantau ASEAN. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI