fbpx

Angelina Jolie kelihatan tua, tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR terkini Angelina Jolie yang dibidik paparazi menampilkan imejnya yang kelihatan seperti tidak sihat dan tua.

AKTRES Angelina Jolie membuatkan peminatnya bimbang selepas tular beberapa keping foto memperlihatkan dirinya kelihatan semakin tua dan tidak sihat.

Menerusi foto yang dibidik seorang paparazi, Jolie kelihatan santai memakai gaun berwarna putih dan berkaca mata hitam ketika gambarnya diambil sewaktu berada di Los Angeles.

Gambar yang tular dalam media sosial itu bagaimanapun menuai tanda tanya netizen tentang keadaan pelakon berusia 47 tahun itu kerana dia kelihatan tidak sihat.

Bukan itu sahaja, wajah pelakon filem Tomb Raider itu juga kelihatan tua sehingga membuatkan peminat bimbang.

“Jolie kelihatan seperti sakit. Wajahnya juga nampak tua tidak seperti biasa,” kata seorang peminat.

Sebahagian lagi netizen mendakwa keadaan yang dialami Jolie merupakan hal yang wajar kerana usianya bukan lagi muda sehingga harus sentiasa kelihatan cantik.

“Dia sudah menghampiri usia 50-an. Wajar sekiranya Jolie kelihatan tua,” kata seorang pengguna media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI