fbpx

Tiga lelaki ponteng solat Jumaat ditahan JHEAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan tiga lelaki melepak di kawasan kolam memancing tanpa menghiraukan solat Jumaat menerima padah apabila ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Marang pada kelmarin.

Kesemua lelaki berusia 19 hingga 45 tahun itu ditahan 15 pegawai penguat kuasa syariah wanita dari Unit Penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Marang.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT, Md. Adnan Abdullah berkata, risikan mendapati mereka menunggu di luar kolam memancing itu dari bermula waktu masuk sehingga berakhirnya solat Jumaat.

“Alasan diberi ialah mereka mahu menunggu kolam memancing itu dibuka untuk operasi selepas solat Jumaat.

“Sewaktu ditahan, kesemua lelaki berkenaan sedang berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di luar kolam memancing itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Adnan berkata, tiga lelaki berkenaan yang tidak menunaikan solat Jumaat tersebut didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (pindaan 2016).

Jelas beliau, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI