fbpx

PICK bantu Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika berucap pada Majlis Simposium Keluarga Malaysia ‘Pencapaian dan Harapan’ di PICC, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) banyak mengundang kemarahan rakyat namun, program itu juga akhirnya membantu negara keluar daripada kesan teruk pandemik.

Khairy Jamaluddin berkata, kejayaan Malaysia keluar daripada pandemik didorong pelaksanaan PICK sehingga negara dinobat antara negara terbaik di dunia yang berjaya pulih dengan cepat daripada Covid-19.

“Saya sedar ramai yang marah kerana bertegas dalam isu vaksinasi, namun PICK itulah menjadi faktor membawa negara keluar daripada situasi rumit disebabkan Covid-19.

“Kajian dibuat Institut Penyelidikan Klinikal di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan bahawa program vaksinasi ini berjaya menyelamatkan tidak kurang daripada 17,000 nyawa.

“Sebab itu menjelang Mac saya ambil keputusan selepas membuat penilaian risiko dengan memberi nasihat kepada Perdana Menteri iaitu pada 1 April boleh buka sempadan dan kita beralih ke fasa endemik,” katanya ketika berucap pada Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Berkongsi pengalamannya selepas dilantik menerajui KKM, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak memiliki latar belakang dalam bidang kesihatan namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri melihat beliau mampu menggalas tugas itu selain mempunyai pandangan luas untuk melawan pandemik tersebut.

“Saya melihat pendekatan ketika itu adalah lebih membendung, jadi saya mengarahkan KKM untuk kita melihat bukan hanya selamatkan nyawa, tetapi pada masa sama kita dapat pelihara kehidupan rakyat.

“Kita jangan hanya fokus kepada langkah seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semata-mata kerana kita sudah mempunyai senjata ampuh iaitu vaksinasi,” katanya.

Katanya, kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri juga dilihat berjaya menstabilkan kerajaan menerusi kelulusan pelbagai rang undang-undang (RUU) di Parlimen yang tidak pernah dicapai sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI