fbpx

Persembahan Nuha Bahrin, Naufal tak dipeduli?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Nuha Bahrin dan Naufal pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) baru-baru ini didakwa tidak mendapat sambutan hadirin di situ.

LAGU Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal memang popular tetapi entah kenapa seperti tidak mendapat sambutan di sebuah pertunjukan fesyen di ibu negara baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Nuha dan Naufal muncul sebagai tetamu istimewa menghiburkan para tetamu yang hadir.

Sayangnya, menurut pandangan ramai, persembahan dua penyanyi genit itu seperti tidak mendapat sambutan dan perhatian yang sepatutnya.

Malah ramai mempersoalkan mengapa penonton tidak bersorak dan turut menyanyikan lagu popular tersebut.

“Kenapa semua buat tak tahu saja dengan mereka?” soal seorang netizen.

“Sedih, salah lokasi untuk nyanyi lagu sebegini,” komen netizen.

Mungkin kurang sambutan atau rakaman tersebut tidak memaparkan realiti dan situasi sebenar di situ. Tak perlulah nak menghakimi lebih-lebih ya.

Tak mengapalah, sekurang-kurangnya vokal Nuha kedengaran semakin baik.

DIVA: Ramai betul penyanyi baharu sekarang terutama yang muncul dalam kalangan pempengaruh media sosial. Ada yang suara memang tak sedap langsung pun boleh diangkat jadi penyanyi. Pelik tapi benar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI