fbpx

EPL: Chelsea minat ikat khidmat Harry Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE dilapor menarik minat Chelsea sekiranya United membuat keputusan untuk meminggirkannya pada musim ini. – AFP

LONDON – Chelsea membuat kejutan apabila dilaporkan mahu mendapatkan khidmat pemain pertahanan Manchester Uni­ted, Harry Maguire ketika masa depan pemain itu yang menjadi persoalan ketika ini.

The Blues ketika ini sedang memburu khidmat Wesley Fofana dari Leicester City, namun ia dilihat sukar menyebabkan mereka mengalih tumpuan dan cuba memujuk United untuk melepaskan kapten mereka itu.

Chelsea juga dilaporkan mahu mengambil kesempatan ber­kenaan ketika United dikatakan berminat untuk mendapatkan tandatangan pemain mereka, Christian Pulisic yang gagal untuk berada dalam kesebelasan utama ketika ini.

Maguire dilaporkan belum pasti disenaraikan dalam kese­belasan utama oleh Erik Ten Hag pada aksi menentang Liverpool ekoran prestasi buruk ketika United tewas dalam dua perlawanan awal sebelum ini.

Pengurus United itu dilaporkan serius untuk membuat pertimbangan mengetepikan Magui­re selepas mereka tewas 1-2 menentang Brighton di Old Trafford sebelum dimalukan 0-4 oleh Brentford minggu lalu.

Perkembangan itu menyaksikan Ten Hag bersedia untuk membuat rombakan terutama di bahagian pertahanan apabila menanti kunjungan Liverpool menyebabkan beliau dikatakan bersedia untuk menggunakan Rapha­el Varane berbanding Maguire.

Bagaimanapun, pengurus dari Belanda itu masih belum membuat keputusan, namun sekiranya benar Maguire tidak berada dalam kesebelasan utama, bermakna kariernya bersama Uni­ted berdepan ancaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI