fbpx

Bapa tanggung rindu, bekas isteri halang berhubung dengan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang bapa menanggung rindu terhadap anaknya ekoran bekas isteri tidak membenarkan mereka berhubung, biarpun sering meminta wang nafkah.

Luahan itu dikongsikan seorang pengguna lama sosial berhubung situasi dihadapi rakannya pada hantaran Facebook Peguam Kebajikan.

“Apakah hukum dari segi agama dan undang-undang Malaysia jika bekas isteri dan mentua kerap meminta duit nafkah.

“Tapi apabila kita hendak hubungi anak atau meminta gambar anak atas permintaan kita, ia diabaikan.

“Mereka hanya akan hubungi sahabat saya apabila minta duit nafkah sahaja. Sekarang ini sahabat saya kemurungan terlalu rindukan anak,” katanya pada hantaran itu.

Dalam pada itu, pengguna laman sosial itu memberitahu, jarak tempat tinggal rakannya dengan anak-anaknya menjadi masalah untuk mereka bertemu.

“Anak-anaknya berada di Sabah dan kawan saya di Selangor.

“Justeru apa hukum dari segi agama dan tindakan undang-undang yang boleh diambil,” katanya bertanya pendapat pengguna laman sosial yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI