fbpx

2,798 kes Covid-19, 7 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 2,798 kes dengan lima kes import sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut di Malaysia kini mencecah 4,717,263 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 1,877 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 40,890 kes.

Sejumlah 4,669 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,678,262 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 836 kes diikuti Kuala Lumpur (570), Sabah (262), Perak (222), Negeri Sembilan (161), Melaka (129), Pulau Pinang (111), Putrajaya (94), Sarawak (90) dan Kedah (86).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Johor (78), Pahang (74), Kelantan (37), Terengganu (34), Perlis (sembilan) dan Labuan (lima),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,136 dan BID 7,678.

Sebanyak 39,417 kes dikuarantin di rumah, 29 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,379 kes di hospital, 26 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 39 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI