fbpx

Mayat lelaki ditemui terapung di Kuala Tok Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mayat seorang lelaki warga tempatan yang ditemui terapung di Kuala Tok Bali, Pasir Puteh kelmarin.

PASIR PUTEH – Mayat seorang lelaki tempatan dijumpai terapung dipercayai lemas di kawasan berbatu di Batu Panjang, Kuala Tok Bali dekat Semerak di sini kelmarin.

Lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui kira-kira pukul 11.45 malam sebelum dibawa naik ke darat oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pemeriksaan mendapati, mangsa merupakan warga tempatan kerana mempunyai tanda suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG) pada bahu kirinya.

Anggota bomba mengangkat mayat yang dijumpai terapung di Kuala Tok Bali, Pasir Puteh kelmarin.

Menurutnya, tiada sebarang kesan yang boleh dikaitkan dengan jenayah malah pemeriksaan lanjut pada mangsa tidak ditemui sebarang dokumen berkaitan mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini dan post mortem mendapati kematian lelaki itu disebabkan lemas di dalam air.

“Polis masih mengenalpasti identiti mayat itu untuk mengesan ahli keluarganya dan siasatan masih dijalankan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI