fbpx
MANGSA yang terkena renjatan elektrik boleh mengakibatkan kecederaan parah serta meragut nyawa. – GAMBAR HIASAN

Kabel telefon rosak pembunuh senyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kekerapan mencabut atau memasang kabel untuk mengecas telefon bimbit boleh menyebabkan ia rosak dan berlaku litar pintas sekiranya terdapat kebocoran tanpa disedari.

Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Mohd. Azim Ab. Manap berkata, ia seterusnya boleh menyebabkan pengguna terkena renjatan elektrik apabila sedang menggunakan telefon sewaktu mengecasnya.

“Apabila kita hendak mengisi elektrik (cas) dalam telefon dan dalam masa sama kita menggunakannya untuk bercakap, jadi ada ‘clash’ di situ sekali gus perbuatan itu tidak digalakkan.

“Kita tidak tahu keadaan wayar telefon sama ada berlaku kerosakan di situ yang boleh menyebabkan renjatan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Jelasnya, pada masa kini, sambungan kabel bagi tele­fon bimbit dan kepala plug adalah berlai­nan, jadi boleh berlaku renjatan elektrik apabila tidak disambung dengan betul.

Katanya lagi, penggunaan te­lefon bimbit yang sedang dicas boleh menyebabkan ia terlampau panas serta mudah rosak apabila mengecas dalam jangka masa lama.

“Selain itu, pengecasan tele­fon menjadi tidak optimum kera­na bateri belum penuh telah digunakan. Ia boleh menyebabkan bateri lama-kelamaan rosak,” katanya.

Mengulas lanjut, ujar beliau, untuk mengelakkan renjatan berpunca daripada telefon bimbit, pengguna dinasihatkan tidak menggunakannya ketika sedang dicas, menggunakan aksesori tulen serta mengelakkan penggunaan kabel atau wayar yang bocor.

Ditanya penggunaan telefon bimbit sedang dicas dengan ‘power bank’ pula, beliau berkata, situasi itu berbeza kerana had kuasa alat tersebut lebih rendah berbanding elektrik di rumah, melainkan jika ia tiruan atau sudah lama.

Bagi keadaan ketika ribut petir, ujarnya, ia bergantung kepada keadaan dan sekiranya berada di dalam rumah atau bangunan, penggunaan telefon tanpa dicas adalah selamat.

“Setakat sepanjang saya me­ngendalikan kes, saya pernah jumpa kanak-kanak menggigit wayar kabel telefon bimbit yang telah digunakan tetapi tidak ditutup suis. Dia hanya mengalami kesan luka di mulut,” ujarnya.

Rabu lalu, Kosmo! melaporkan, seorang murid tahun enam maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik semasa ribut petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon pintar dengan rakannya di Kampung Baru Su­ngai Raya Luar, Gua Musang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN