fbpx

Pemuda seterika wang kertas RM5, pertikai kualiti ‘teruk’ berbanding wang seberang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekeping RM5 yang cair dan rosak akibat ditekap seterika.

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial berkongsi hasil uji kaji yang dilakukannya terhadap sekeping RM5 dengan wang dari negara seberang.

Video yang tular di Facebook dan TikTok sejak semalam memaparkan tindakan pemuda berkenaan menggunakan seterika dan menekap di atas sekeping RM5 dan sekeping wang Indonesia.

Hasilnya, RM5 tersebut cair dan rosak.

Malah, lelaki berkenaan mula mempertikaikan kualiti wang Malaysia kerana tidak tahan lasak.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan pemuda terbabit.

“Tak pernah tahu ke RM5 diperbuat daripada bahan plastik yang mudah cair? Apa jenis ujian la kau buat, kemudian sibuk nak pertikai kualiti wang negara teruk,” ujar Roslina.

“Apa la sangat RM5, baik guna duit RM100, nak bandingkan pun biar permukaan wang itu sama, ini sah-sah RM5 itu ada campuran plastik. Dari luaran pun dah tahu berbeza,” komen Shahrul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI