fbpx
Anggota polis membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian di Jalan Mohamad Naseh, Housing Trust, Ipoh semalam. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Dua beradik mati sebab berebut rumah pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Rasa tidak puas hati berhubung urusan pembahagian harta pusaka menjadi punca pertengkaran dua adik beradik sehingga menyebabkan mereka maut dalam kejadian di sebuah rumah di Housing Trust di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian itu melibatkan dua beradik berusia 67 dan 70 tahun.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap harta pusaka iaitu sebuah rumah didiami mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki warga emas maut dengan beberapa kesan tikaman disyaki dilakukan abang kandungnya yang kemudian dipercayai membunuh diri.

Azizi memberitahu, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini mengesahkan luka akibat tikaman pada leher menjadi punca kematian mangsa yang berusia 67 tahun.

“Selain itu, terdapat beberapa kesan tikaman pada muka dan leher mangsa,” katanya.

Bagi abang mangsa pula, pasukan perubatan mengesahkan punca kematian lelaki itu disebabkan tekanan pada bahagian leher akibat tindakan menggantung diri. – KOSMO! ONLINE

POPULAR