fbpx
Gambar hiasan.

Kicap bukan makanan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tanpa kita sedar, kicap adalah makanan yang mempunyai gula, garam dan monosodium glutamate (MSG) yang tinggi sekali gus tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak.

Perkara itu didedahkan doktor perubatan, Dr. Mazliana Mazlan yang menjelaskan kicap tidak disyorkan kepada kanak-kanak bawah umur dua tahun.

“Soya yang diperam sebenarnya bagus, ada kandungan probiotik. Tetapi, apabila sudah diletakkan gula dan garam yang banyak, MSG, ia tidak baik untuk anak-anak kecil.

“Anak-anak sekali sahaja rasa kicap sudah suka walaupun makan dengan nasi putih, nikmat dia sampai anak-anak makan sampai licin,” tulisnya di Instragram.

Oleh itu, Mazliana menasihatkan ibu bapa memandang serius terutama berkaitan pemakanan anak-anak masing-masing.

“Perkara ini tidak boleh dipandang remeh (kicap), boleh kata setiap hari mereka nak makan kicap, nak ubah kepada (makanan) lebih baik itu susah, tapi tetap kena cuba,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

POPULAR