fbpx

Empat rumah musnah kebakaran di Bukit Piatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 11 minit selepas tiba di lokasi kejadian.

MELAKA – Sebanyak empat buah rumah teres setingkat di Bukit Piatu di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, kesemua penghuni bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri masing-masing.

Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.34 malam.

Katanya, sebaik sahaja pasukan bomba tiba, sebanyak tiga buah rumah telah musnah keseluruhan, manakala sebuah lagi terkesan sebanyak 30 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal 11 minit kemudian dan kesemua penghuni tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI