fbpx

Cegah kehamilan sebab takut papa haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cegah kehamilan disebabkan bimbang kepapaan atau kekurangan rezeki keluarga adalah diharamkan Islam. – Gambar hiasan

Saya dan suami merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi anak?

Jawapan:
Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal.
Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung.
Hal ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabat yang terkenal, Jabir bin ‘Abd. Allah: “Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan al-Quran sedang turun,” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksud Jabir mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan, tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran.
Maka, dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan.
Sama dalam hal pil perancang untuk mengelakkan mengandung, namun oleh kerana wujudnya hadis Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan itu.
Cuma perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan kemungkinan isteri hilang kelazatan persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (orgasm), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.
Ini kerana, persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Demi keadilan dan hak isteri, maka keizinan perlu diminta.
Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada khilaf dalam kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka, melainkan setelah mendapat keizinannya. Ini kerana, persetubuhan adalah daripada haknya,” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr).
Di samping itu, perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan.
Ini kerana, ia menyamai perbuatan Musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah.
Adapun jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau kesukaran pengurusan atau seumpamanya, maka ia diizin dan dibenarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI