fbpx

Bayi, kanak-kanak 31 Ogos terima cenderahati JPN Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 21 kakitangan JPN Terengganu yang menyertai program Mendaki Bukit Besar sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bayi yang bakal dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 31 Ogos ini bakal menerima cenderahati dan sijil daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu.

Pengarah JPN Terengganu, Mohd. Nasir Kareem berkata, pemberian cenderahati dan sijil berkenaan sebagai tanda kesyukuran kelahiran bayi terbabit pada hari keramat, Hari Kebangsaan ke-65.

“Kolaborasi dengan pengurusan HSNZ itu merupakan antara program anjuran JPN negeri sempena sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini.

“Selain itu, cenderahati dan sijil berkenaan juga akan diberikan kepada kanak-kanak yang lahir pada 31 Ogos 2010 sebaik mereka membuat MyKad di mana-mana cawangan JPN negeri,” katanya selepas menyertai program mendaki Bukit Besar di sini hari ini.

Pendakian bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan tersebut telah disertai 21 kakitangan JPN Terengganu.

Mohd. Nasir berkata, tawaran cenderahati dan sijil kepada kanak-kanak lahir pada 31 Ogos 2010 yang membuat MyKad tersebut terhad sehingga akhir bulan September depan.

Jelas beliau, penghargaan tersebut diharap dapat menggembirakan kanak-kanak pada ulang tahun kelahiran mereka yang ke-12.

“Ia juga serampang dua mata bagi menggalakkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berkenaan membawa anak masing-masing yang sudah genap 12 tahun membuat MyKad seawal mungkin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI