fbpx

4,071 kes Covid-19, lapan kematian dicatatkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan jumlah sebanyak 4,071 kes semalam termasuk dua kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,710, 983 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,289 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,670, 400 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 42,476 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah 775 kes.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,456 diikuti Kuala Lumpur (728), Negeri Sembilan (320), Sabah (281), Perak (275), Sarawak (181), Melaka (152), Pulau Pinang (143), Johor (117) dan Pahang (100).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Kedah (91), Kelantan (77), Putrajaya (74), Labuan (10) dan Perlis (6),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak lapan kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,124.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,677 setakat ini.

Sebanyak 40,826 kes dikuarantin di rumah, 27 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,542 kes di hospital, 36 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 45 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI