fbpx
MAYAT mangsa yang ditemukan lemas kira-kira 100 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang di Sungai Triang, Bera.

Satu mayat ditemukan 100 meter dari lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA – Mayat salah seorang mangsa yang hilang dibawa arus deras Sungai Triang dekat Kampung Kerayong di sini berjaya ditemukan pada pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Balai Bomba Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, mangsa, Muhammad Nik Iqmal Shah Ismail, 15, ditemukan kira-kira 100 meter daripada lokasi kejadian.

“Dua anggota Bomba dan seorang anggota polis telah mengambil mangsa menggunakan bot gentian kaca.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,”katanya di sini hari ini.

Kelmarin dua sahabat, Muhamad Nik Ikmal Shah Ismail,15m dan Muhammad Danial Isryad Norazlan,11m dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Triang di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, N, Kumaran dilaporkan berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa bersama empat lagi rakannya mandi menggunakan pelampung tayar di sungai berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR

BERITA BERKAITAN