fbpx

Ramai buang sampah tunggu konsert Billie, disamakan RXZ Member

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan sampah yang ditinggalkan di lokasi konsert Billie Eilish malam ini.

PETALING JAYA – Sampah ditinggalkan tidak dibuang mencemari lokasi penganjuran konsert Billie Eilish, seakan-akan sama banyaknya sewaktu program permotoran RXZ Member 4.0 2022 baru-baru ini.

Menerusi video tular di dalam media sosial, sampah tersebut dipercayai dibiarkan oleh pengunjung yang beratur untuk menunggu masuk ke Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pemerhatian pada video itu mendapati, kelihatan antaranya plastik makanan selain botol dan cawan kertas ditinggalkan di atas lantai di luar dewan acara tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna laman sosial mengecam selain menyamakan perbuatan itu dengan pengunjung pada program RXZ Member 4.0 2022 di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu.

“Aku ingat mat rempit saja tidak bertamadun, peminat Billie Eilish pun jenis tidak bertamadun,” kata seorang pengguna.

“Aku dah cakap, acara apa-apa pun sama saja. Jangan kecam program RXZ Member 4.0 2022 sahaja,” ujar lagi seorang pengguna laman sosial.

Dalam masa sama, mereka turut menyindir pemilik akaun yang memuat naik video keadaan sampah di Axiata Arena kerana meletakkan keterangan ‘Malay’ (Melayu).

Bagaimanapun, dia memohon maaf atas kesilapan itu serta menyatakan maksud tersebut merujuk kepada orang Malaysia.

Sebelum ini, tular di media sosial keadaan sampah ditinggalkan pengunjung sewaktu program RXZ Member 4.0 2022, minggu lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI