fbpx

Polis cari saksi kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan di susur Sierra Mas semalam.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan saksi kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal yang maut di susur Sierra Mas dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 9.28 malam.

“Kejadian melibatkan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berusia 24 tahun yang maut di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku di susur Sierra Mas dari arah Sungai Buloh ketika mangsa sedang menunggang di lorong paling kiri sebelum terbabas dan melanggar batu penghadang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI