fbpx

Lelaki gunting bendera Malaysia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang lelaki menggunting bendera Malaysia berdekatan bangunan MITEC semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang menggunting bendera Malaysia berdekatan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Ampang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, lelaki berusia 41 tahun tersebut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.37 tengah hari berdekatan bangunan MITEC Jalan Ampang.

“Lelaki warga tempatan dan penganggur terbabit akan direman pada esok bagi siasatan lanjut. Kita juga sedang menyiasat motif kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya juga telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian pada pukul 12 tengah hari, hari ini.

“Terdapat sebuah video yang tular di media sosial berdurasi 37 saat yang memaparkan individu terbabit telah merosakkan dengan menggunting bendera jalur gemilang.

“Polis menasihati orang ramai agar menyalurkan maklumat dengan serta merta sekiranya terdapat aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI