fbpx

Lelaki curi pakaian dalam wanita dipenjara 24 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek tiba di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki dijatuhkan hukum penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu selepas dia didapati melakukan kesalahan mencuri pakaian dalam wanita.

Majistret, Jessica Ombou Kakayun menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Muhammad Rizal Richard Abdullah, 39, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Rizal dituduh mencuri pakaian dalam wanita di Taman Puncak, Menggatal pada 11 Ogos lalu sekitar pukul 1.39 pagi.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tertuduh dengan tidak memakai baju mencuri pakaian dalam wanita menggunakan sebatang kayu di beranda belakang rumah mangsa sebelum laporan polis dibuat.

Tertuduh ditahan di rumahnya pada 13 Ogos lalu dan pemeriksaan menemui 10 jenis pakaian dalam wanita berada dalam simpanan lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabila Norsahar yang mewakili tertuduh meminta hukuman ringan memandangkan Muhammad Rizal telah mengaku bersalah dan menyesal atas perbuatannya.

Bagaimanapun, pegawai pendakwa Inspektor Albert Basiri meminta hukuman berat dikenakan memandangkan tertuduh melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab terhadap wanita selain menekankan kesalahan seumpama itu memalukan golongan lelaki.

“Kes ini melibatkan kepentingan awam khususnya wanita. Semasa ditahan tertuduh didapati memakai seluar dalam wanita itu,” katanya.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI