fbpx

AS ‘buang’ AS$7 bilion peralatan ketenteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Taliban bergambar dengan peralatan ketenteraan AS selepas menakluki Kabul pada 15 Ogos 2021. - Balkis Press/Abaca/Sipa USA

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan peralatan ketenteraan bernilai lebih AS$7 bilion (RM31.2 bilion) di Afghanistan yang kebanyakannya jatuh ke tangan Taliban dengan ada daripadanya tidak diketahui keadaan terkini, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Berdasarkan laporan dikeluarkan Pejabat Ketua Inspektor Jabatan Pertahanan kelmarin, semua peralatan tersebut dibekalkan Washington kepada kerajaan Afghanistan terdahulu yang disokong Barat.

Ia kemudian ditinggalkan di inventori ketenteraan Afghanistan apabila Taliban menakluki Kabul pada 15 Ogos 2021.

Menurut badan pemerhati tersebut, sebahagian besar peralatan adalah melibatkan kenderaan darat taktikal seperti Humvee dan kalis periuk api (MRAP) yang bernilai kira-kira AS$4.12 bilion (RM18.3 bilion).

Laporan itu turut menyatakan bahawa antara yang turut ditinggalkan termasuk pesawat tentera bernilai AS$923.3 juta (RM4.1 bilion), dengan sebahagiannya telah dinyahfungsi dan tidak dapat beroperasi.

Selain itu, kira-kira 316,260 senjata kecil termasuk raifal, raifal penembak tepat, pistol, mesingan, pelancar bom tangan digerakkan roket dan howitzer yang bernilai AS$511.8 juta (RM2.2 bilion) turut berada dalam jagaan tentera Afghanistan ketika itu.

Keadaan terkini senjata-senjata tersebut bagaimanapun tidak diketahui.

Laporan itu turut menyatakan bahawa tentera AS telah mengalihkan hampir semua peralatan utama ketika menarik diri, kecuali bagi sebilangan kenderaan taktikal yang dipindahkan kepada Kementerian Pertahanan Afghanistan ketika awal tahun lalu.

“Sebilangan kecil peralatan yang tidak boleh dikeluarkan dari lapangan terbang di Kabul sebelum AS menarik diri sepenuhnya pada 30 Ogos 2021 telah dimusnahkan atau tidak berfungsi lagi,” kata laporan yang sama.

Antara 2005 hingga 2021, Jabatan Pertahanan AS membelanjakan sekitar AS$84 bilion (RM375 bilion) dalam bantuan keselamatan untuk tentera Afghanistan.

Sejumlah AS$18.6 bilion (RM83 bilion) digunakan untuk membeli senjata buat Tentera Nasional Afghanistan, Tentera Udara Afghanistan, Polis Negara Afghanistan dan Pasukan Keselamatan Khas Afghanistan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI