fbpx
Gambar hiasan.

Adik guna nama buat pinjaman, lari tinggalkan hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tergamak seorang adik apabila menipu menggunakan nama saudara kandung sendiri untuk membuat pinjaman, kemudian melarikan diri tidak membayar hutang.

Kisah tersebut diceritakan seorang pengguna laman sosial pada Facebook Peguam Kebajikan namun, tidak diketahui identitinya sama ada lelaki atau wanita berikutan dia tidak mendedahkan jantina.

Menurut luahan tersebut, dia memberitahu adiknya melakukan perbuatan itu tanpa disedarinya.

“Adik guna maklumat saya tanpa izin dan tanpa pengetahuan saya untuk dijadikan sebagai penama pinjaman syarikat pinjaman berlesen berdaftar dengan kadar pinjaman yang banyak.

“Kemudian, adik saya melarikan diri daripada membayarnya. Pindah rumah, tidak boleh dihubungi dan menghilangkan diri,” katanya pada hantaran tersebut.

Berikutan itu, pihak peminjam memaksanya untuk membayar hutang tersebut dan dari situ, dia baru mengetahui dijadikan sebagai penama.

“Apa perlu saya buat? Adakah kes ini boleh dibuat laporan polis? Apa patut saya buat seterusnya?

“Adakah kes ini termasuk kes kecurian identiti dan penipuan pinjaman? Adakah perjanjian pinjaman ini sah di sisi undang-undang sedangkan saya tidak pernah beri keizinan,” katanya bertanyakan pendapat orang ramai. – KOSMO! ONLINE

POPULAR