fbpx

Tiga lelaki diberkas disyaki rogol remaja wanita bergilir-gilir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rogol secara bergilir-gilir terhadap seorang remaja di sebuah rumah di kawasan Saujana Damansara Damai, dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihak polis telah menerima satu laporan daripada seorang wanita (mangsa) berusia 19 tahun mendakwa telah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki tempatan.

“Mangsa mendakwa kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi apabila mangsa telah pergi ke rumah suspek pada malam tersebut kerana diajak untuk keluar makan bersama-sama oleh salah seorang suspek yang dikenalinya.

“Susulan kejadian itu, kita melakukan serbuan di dua lokasi berasingan di kawasan Saujana Damansara Damai serta Bandar Sri Damansara dan berjaya memberkas tiga suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 23 tahun,” ujarnya sebentar tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai tukang gunting rambut, pemandu lori dan penghantar (rider) makanan mengaku terlibat dalam kes berkenaan.

Jelas beliau, hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat dibawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI