fbpx

EPL: Manchester United kini menjadi ‘kubur’ buat pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES masih berada dalam kategori pemain yang dianggap berbaloi dibeli, biarpun menunjukkan sedikit kemerosotan. – AFP

MANCHESTER – Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville menyelar cara kelab tersebut merekrut pemain baharu selepas era Alex Ferguson apabila menganggap hanya dua orang sahaja pemain yang berjaya sepanjang lebih sembilan tahun.

Dua kekalahan pada awal musim kali ini menyerlahkan lagi masalah yang berlaku dalam kem United dan Neville mengakui sangat kecewa dengan prestasi kelab itu dalam pasaran perpindahan kali ini.

Menurutnya, sejak Ferguson meninggalkan United pada 2013, kelab itu sudah mendapatkan 33 orang pemain melibatkan perbelanjaan mega, namun sebahagian besarnya berada dalam kategori yang gagal.

Situasi itu menyebabkan para pemain baharu ragu-ragu untuk meneruskan karier mereka bersama United biarpun ditawarkan dengan kontrak yang lumayan.

“Salah satu masalah di Manchester United sejak hampir 10 tahun lalu adalah hubungan yang tidak serasi antara pengurus dan strategi. Itu adalah perkara asas yang menyumbang kegagalan yang berterusan.

“Tidak mengambil kira penjaga gol ketiga dan pemain muda, United telah menghabiskan wang sebanyak £1.25 bilion (RM6.73 bilion) untuk pemain baharu. Namun, kami berpendapat bahawa hanya ada dua pemain yang benar-benar memberi nilai terbaik untuk kelab ini.

“Bruno Fernandes mungkin kurang menonjol ketika ini, tetapi mengambil kira sumbangannya dalam tempoh dua musim, dia boleh dianggap berjaya. Begitu juga dengan Zlatan (Ibrahimovic) juga memberikan impak.

“75 peratus daripada pemain baharu tidak memberikan kesan, 20 peratus sekadar memberikan aksi sederhana sementara hanya 5 peratus sahaja menjadi. Ia sa­ngat menakutkan apabila United dianggap sebagai ‘kubur’ buat pemain.

“Ia memberikan kesan kepada pemain yang berminat untuk menyertai United, tetapi statistik ini membuatkan mereka tidak yakin dan pada akhirnya United tidak lagi menjadi pilihan,” jelasnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI