fbpx

Lebih 2 juta produk buaian bayi ditarik balik ekoran risiko kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan buaian 4moms yang dipanggil balik. - the peninsula qatar

WASHINGTON – Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa pengeluar produk bayi, 4moms memanggil balik lebih dua juta buaian bayi selepas menerima laporan kematian melibatkan salah satu produknya, lapor saluran berita NBC News semalam.

Menurut notis tersebut, apabila buaian MamaRoo dan RockaRoo tidak digunakan, tali penghadangnya boleh berjuntai di bawah tempat duduk. 

Ia mencetuskan bahaya kepada bayi yang merangkak kerana berisiko terjerut atau tercekik akibat tali itu.

4moms memaklumkan telah menerima dua laporan mengenai insiden bayi yang terjerut tali di bawah buaian MamaRoo selepas mangsa merangkak di bawah tempat duduknya.

Seorang kanak-kanak berusia 10 bulan meninggal dunia akibat sesak nafas, demikian menurut notis itu.

Dalam kes lain, seorang kanak-kanak juga berusia 10 bulan mengalami lebam pada leher sebelum diselamatkan oleh penjaga. Tiada insiden melibatkan RockaRoo dilaporkan.

Jenama yang dimiliki oleh Thorley Industries yang berpangkalan di Pittsburgh, negeri Pennsylvania tersebut sedang menghubungi semua pembeli secara langsung mengenai arahan memanggil balik itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI