fbpx
Seorang pekerja kontrak maut dihempap runtuhan bangunan di Pekerja kontrak maut dihempap runtuhan bangunan di projek berdekatan ladang kelapa sawit Jemima & Sungai Sendayan Estet, Springhill di sini hari ini. - FOTO: IHSAN BOMBA

Pekerja kontrak maut dihempap runtuhan bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang pekerja kontrak warga Indonesia yang berstatus Permaustatin Tetap maut dihempap runtuhan bangunan di projek berdekatan ladang kelapa sawit Jemima & Sungai Sendayan Estet, Springhill di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Rosman Md. Nor berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 3.55 petang sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Sebaik tiba, didapati terdapat runtuhan bangunan melibatkan dinding batu menimpa seorang pekerja kontrak lelaki berusia 53 tahun dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada runtuhan tersebut.

“Lelaki warga Indonesia itu yang berstatus permaustatin tetap bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan akibat pendarahan teruk dan kecederaan di bahagian kaki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Mohamad Nor, ketika kejadian terdapat tiga orang pekerja kontrak sedang bekerja, namun hanya seorang mangsa dihempap runtuhan itu.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR