fbpx

Nooh mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal fatwa – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nooh.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menaruh keyakinan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), Datuk Nooh Gadot bagi membantu meningkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, Jakim berbesar hati atas pelantikan Nooh berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti sebagai mufti Johor sebelum ini.

Beliau yang juga Setiausaha MKI berkata, Nooh juga berpengalaman luas selain penglibatan secara langsung dalam institusi kefatwaan, khususnya hal berkaitan isu-isu semasa di negara ini.

“Jakim mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Datuk Wan Zahidi Wan Teh atas sumbangan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI sejak Oktober 2017,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Nooh dilantik sebagai Pengerusi MKI berkuatkuasa mulai 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024 dan pelantikan beliau diperkenankan pada Mesyuarat Majlis Raja Raja Kali Ke-259 yang telah diadakan pada 30 Jun lalu.

Watikah pelantikan Nooh disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI