fbpx

Malaysia berminat kaji dasar ganja Thailand – Anutin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anutin memberikan penekanan sekali lagi bahawa kementeriannya tidak meluluskan ganja bagi tujuan rekreasi. - AFP

BANGKOK – Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul menyatakan bahawa beliau menanti kunjungan rakan sejawat dari Malaysia yang dikatakan berminat untuk mengkaji bagaimana Thailand menghalalkan produk ganja bagi tujuan perubatan, lapor akhbar Bangkok Post semalam

Selepas bertemu Dato Jojie Samuel yang merupakan Duta Malaysia di Thailand, Anutin berkata, mereka telah berbincang mengenai butiran kunjungan akan datang Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin bagi menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Menurutnya, Khairy telah menyuarakan minat untuk mengkaji dasar ganja Thailand semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada Mei lalu ketika Malaysia menimbang untuk meluluskan undang-undang serupa bagi kegunaan perubatan.

Beliau memberitahu, kementeriannya bercadang membawa Khairy dalam rangka lawatan perubatan ganja bagi mengkaji proses mengekstrak cola atau bunga ganja untuk tujuan kesihatan.  

“Sekiranya Malaysia menyertai Thailand dalam membenarkan ganja digunakan bagi tujuan perubatan walaupun jiran kita ini mempunyai undang-undang narkotik yang lebih ketat berbanding Thailand, saya percaya ia akan menjadi bukti kejayaan kita dalam membawa tumbuhan ini (ganja) ke dalam sistem perubatan,” kata Anutin.

Beliau turut memberikan penekanan sekali lagi bahawa kementeriannya tidak meluluskan ganja bagi tujuan rekreasi dan merangka peraturan seterusnya yang melarang pengambilan ganja di tempat awam.

“Jawatankuasa Parlimen yang meneliti rang undang-undang (RUU) mengenai penggunaan ganja dan hem,  dijangka menyelesaikan kerja mereka minggu ini sebelum menyerahkannya untuk kelulusan Parlimen dan sokongan diraja,” kata Anutin.

Beliau juga memberitahu bahawa bilangan pesakit  yang dimasukkan ke hospital kerana simptom berkaitan pengambilan ganja juga menurun dengan banyak di hospital-hospital awam.

“Bermula dari sekarang, kakitangan perubatan boleh memberikan preskripsi ubat berkaitan ganja secara terbuka dan pesakit boleh bergantung kepada rawatan ganja tanpa was-was,” tambahnya.

Bagaimanapun, Gabenor Bangkok,  Chadchart Sittipunt menyuarakan kembimbangan bahawa pelajar mungkin boleh membeli produk ganja walaupun jualannya kepada sesiapa yang berusia bawah 20 tahun adalah dilarang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI