fbpx

Lagi kes dera di Kepong, kanak-kanak mati disyaki didera ibu saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan meninggal dunia selepas disyaki didera pengasuh yang juga ibu saudara kanak-kanak terbabit di Mutiara Magna, Kepong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 12.01 tengah hari.

“Kematian kanak-kanak lelaki terbabit disahkan pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur yang berada di lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui terbaring di atas katil dengan lengkap berpakaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pemeriksaan ke atas fizikal mangsa mendapati, terdapat kesan luka di dahi, mulut, hidung, kesan merah di bawah mata kiri dan lebam pada belakang badan serta siku kanan.

“Polis juga telah menahan suspek yang berusia 40 tahun dan mendapati telah menjaga mangsa bersama abangnya (5 tahun) sejak mangsa dilahirkan.

“Setakat ini, polis masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

“Suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian kanak-kanak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI