fbpx

Dua kanak-kanak hilang dihanyutkan arus Sungai Triang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak yang hilang di Sungai Triang giat dilakukan pelbagai pihak.

BERA – Dua kanak-kanak berusia belasan tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus Sungai Triang dekat Kampung Kerayong, di sini, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Bera, Ahmad Azmi Hanfiah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu mangsa dipercayai mandi di kawasan berpasir di sungai itu.

“Dipercayai seorang daripadanya dihanyutkan arus dan seorang lagi rakannya cuba menyelamatkan mangsa.

“Bagaimanapun, kedua-duanya dipercayai hilang akibat dibawa arus deras,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya sehingga pukul 6.30 petang, usaha mencari dan menyelamat mangsa giat dilakukan dan kedua-dua mangsa belum ditemukan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI