fbpx

Bukit Gambang Resort City tutup, tinggal pekan hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUKIT Gambang Resort City di Kuantan yang terbiar selepas operasinya ditutup akibat pelaksanaan PKP.

KUANTAN – Penutupan Bukit Gambang Resort City di Kuantan yang merupakan salah satu tarikan utama pelancong sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu memberi kesan kepada sektor pelancongan di negeri ini.

Malah, penutupan pusat pelancongan berkenaan turut memberi kesan kepada peniaga di sekitar kawasan tersebut yang mengalami kerugian akibat ketia­daan pelanggan.

Beberapa keping gambar dikongsi di media sosial menunjukkan kawasan itu terbiar selain dipenuhi semak samun dan difahamkan binatang di kawasan itu juga telah lama dipindahkan.

Tinjauan Kosmo! mendapati pintu masuk ke pusat pelancongan yang terkenal dengan taman tema air itu ditutup dan dikawal pengawal keselamatan dengan terdapat papan tanda yang ditulis ‘temporary closure, see you in 2022’.

Seorang penduduk Zahiran Abdulah, 47, berkata, ramai yang datang ke situ bersama keluarga dan berpatah balik apabila ia masih ditutup.

“Penutupan ini juga memberi kesan kepada peniaga apabila banyak kedai di tepi jalan terpaksa ditutup, sewa kedai kini hanya RM100 sebulan pun tiada penyewa,” katanya di sini semalam.

Seorang peniaga, Asdi Abu Bakar, 46, berkata, penutupan pusat pelancongan itu menyebabkan jualan air kelapa di gerainya terjejas teruk sekali gus memberi kesan kepada pendapatannya untuk menampung keluarga.

“Kalau dulu ramai berniaga di tepi jalan, tetapi sekarang tinggal saya sahaja kerana saya tiada pi­lihan lain dan terpaksa mencari nafkah untuk keluarga.

“Kalau dulu sehari paling kurang 50 biji kelapa habis dijual tetapi sekarang hendak habis 20 biji pun susah, ada masa hanya dapat RM20 sahaja dan lepas bayar kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) RM10 hanya tinggal RM10,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, pihaknya tidak pasti apakah masalah dan perancangan membabitkan kawasan milik persendirian itu.

Namun katanya, kerajaan ne­geri akan memanggil wakil syarikat berkenaan bagi membentangkan mengenai perancangan pusat pelancongan yang pernah dipromosikan Tourism Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI