fbpx
Zambry bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat untuk memutuskan nasib enam parti politik yang ingin menyertai komponen Barisan Nasional, di Menara Dato Onn, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

BN belum buat keputusan terima PBM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini belum memutuskan sama menerima Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebagai sebahagian daripada parti komponen mereka.

Memaklumkan perkara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya masih memperhalusi perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurut beliau, selain PBM, pihaknya turut menerima beberapa permohonan daripada parti lain.

“Permohonan diterima membabitkan lebih daripada satu parti dan Dewan Tertinggi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada parti itu atas minat dan kesediaan mereka untuk bersama-sama dengan BN.

“Semua permohonan itu sedang diperhalusi oleh pihak urusetia BN,” katanya selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini sebentar tadi.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri.-KOSMO! ONLINE

POPULAR