fbpx

Bayi terselamat MPV terjatuh ke dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah MPV yang terbalik selepas terjatuh ke Sungai Betong di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Bayi perempuan berusia lapan bulan nyaris maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard menggelongsor dan terjatuh ke dalam Sungai Betong di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 11.11 pagi itu bayi berkenaan ditinggalkan di dalam MPV yang kemudiannya bergerak terjatuh ke dalam sungai sebelum terbalik.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Osman Abd. Malik berkata, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian anggota bomba mendapati bayi perempuan itu telah dinaikkan oleh orang awam.

“Anggota bomba turun ke dalam sungai sedalam 0.6 meter menggunakan tangga untuk menyelamatkan barang kepunyaan pemilik kereta,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI