fbpx

Aamir Khan tidak tidur 2 hari, bimbang filem diboikot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAMIR KHAN

GARA-GARA terlalu bimbang filem terbaharunya berjudul Laal Singh Chaddha akan diboikot penonton, pelakon Aamir Khan mengakui mengalami kebimbangan melampau (anxiety) sehingga tidak dapat tidur selama dua hari.

Ujar Aamir, semuanya berpunca apabila sejumlah penduduk India naik berang dengan kenyataannya yang bersifat kontroversi dalam satu temu bual bersama media tempatan.

Dalam kenyataan tersebut, pelakon berusia 57 tahun itu memberitahu dia berasa sangat takut dengan situasi tegang di India ketika negara itu sedang berdepan konflik perbalahan agama Islam dan Hindu.

Situasi tersebut menyebabkan Aamir terfikir untuk berpindah ke negara lain. Akibatnya, Aamir dituduh bersifat anti-Hindu dan anti-Nasional. Malah mereka percaya bahawa pelakon itu tidak menyukai India.

“Saya benar-benar bimbang filem saya akan diboikot penduduk India yang marah dengan kenyataan itu.

“Tanggapan mereka tidak benar sama sekali. Sudah tentu saya lahir dan dibesarkan di negara ini. Saya sayangkan India,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN