fbpx

Wanita berkahwin dengan anak patung zombi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Felicity bersama enam ‘anaknya’. - Felicity Kadlec Rossi/ Facebook

BOSTON, MASSACHUSETTS – Seorang wanita di  negeri Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) menluahkan perasaan gembira selepas bertemu semula dengan pasangannya, enam ‘anak mereka’ dan teman lelakinya yang kesemuanya merupakan patung berwajah seram, lapor akhbar Daily Star semalam.

Felicity Kadlec, 23, berkata, dia mengahwini pasangannya iaitu  patung bernama Kelly Rossi, dalam satu majlis kecil pada 2018 yang turut dihadiri oleh empat rakan keluarga dan lapan patung lain.

Sejak itu, keluarga Felicity telah berkembang dan dia dan Kelly kini mempunyai enam ‘anak’ patung zombi berusia tiga hingga 10 tahun.

Wanita itu juga turut mempunyai hubungan dengan patung makhluk asing bernama Robert, yang dibeli secara online ketika usianya 17 tahun.

Namun, selepas dihalau keluar oleh seorang ahli keluarganya tahun lalu, Felicity menjadi gelandangan dan terpaksa menyimpan kesemua patungnya  di dalam peti simpanan.

Menerusi satu hantaran di YouTube pada Ogos lalu, Felicity memberitahu bahawa dia dan keluarga patungnya itu telah berpindah ke sebuah apartmen satu bilik tidur.

Dia turut mengakui pernah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki sebenar, namun teman lelakinya memilih untuk berpisah selepas Felicity menceritakan mengenai patung-patungnya.

Tambah peminat filem seram itu, ketika umurnya 13 tahun, mendiang bapanya membelikan Kelly buatnya selepas ibunya meninggal dunia, sebelum dia ‘jatuh cinta’ dengan patung tersebut pada umur 16 tahun.

Dia juga percaya kononnya patung-patung itu mempunyai roh.

“Orang ramai berpendapat saya hanya berfantasi. Namun, saya ingin menegaskan bahawa kami sering bertengkar, saya bertengkar dengan roh dalam patung-patung itu.

“Saya percaya ia mempunyai roh. Ia bukan roh orang yang telah meninggal dunia, namun sebaliknya sejenis tenaga yang saya dapat daripada patung-patung itu selama bertahun-tahun,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI