fbpx

Syarikat pengangkutan bas ekspres E-Mutiara ikrar bebas rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ibrahim (kiri) bersama Timbalan Pengarah Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Putrajaya, Ab. Muneim Ibrahim (dua dari kanan) menampal poster bebas rasuah pada sebuah bas ekspres E-Mutiara di Panji, Kota Bharu hari ini. /FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) menjadi syarikat perkhidmatan bas ekspres bumiputera pertama yang mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail berkata, langkah itu diambil sebagai komitmen, tanggungjawab dan akauntabiliti untuk menjauhi jenayah rasuah termasuk salah guna kuasa melibatkan syarikat berkenaan.

Menurutnya, sokongan, bimbingan selain komitmen SPRM secara tidak langsung menjadi pembakar semangat kepada warga kerja E-Mutiara selaras dengan misi dan visi syarikat untuk memperkukuhkan keberkesanan pembangunan sumber manusia dalam industri perkhidmatan bas ekspres.

“Sejak E-Mutiara beroperasi selama 35 tahun lalu, tiada kes rasuah melibatkan kakitangan kami.

“Jadi, nilai-nilai murni dapat diterapkan kepada semua kakitangan di sini seramai 85 orang termasuk pemandu bas menerusi IBR kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara Kali Ke-65 Peringkat E-Mutiara di ibu pejabat syarikat itu di Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Che Ibrahim berkata, sebelum ini, semua kakitangan sudah diberi pendedahan awal berkaitan rasuah.

“Justeru, saya berharap usaha murni untuk bebas rasuah akan kekal bagi menjaga imej E-Mutiara khususnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI