fbpx

Maxis manfaatkan Measat-3d untuk rangkaian menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejayaan pelancaran Measat-3d baru-baru ini bakal memainkan peranan penting dalam keupayaan komunikasi mudah alih, fiber dan satelit.

PETALING JAYA – Pelancaran satelit Measat-3d oleh MEASAT Global Berhad akan dimanfaatkan oleh syarikat telekomunikasi Maxis dalam mengembangkan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi menerusi penyelesaian Very Small Aperture Terminal (VSAT).

Penyelesaian itu menggunakan kapasiti jalur lebar satelit untuk menyediakan rangkaian komunikasi yang pantas tanpa halangan geografi atau infrastruktur daratan dan sesuai untuk kawasan yang sangat terpencil serta lokasi sukar diakses.

Measat-3d melengkapi satelit Measat3a dan 3b untuk keperluan komunikasi teras dan meningkatkan kapasiti jalur lebar satelit sebanyak sepuluh kali ganda kepada 30 gigabit sesaat, membolehkan peningkatan kelajuan jalur lebar internet pelanggan daripada 30 megabit sesaat (Mbps) sehingga 100 Mbps.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, pihaknya telah melabur secara signifikan dalam pembinaan rangkaian menyeluruh selama lebih 25 tahun untuk memastikan semua rakyat Malaysia saling berhubung di mana jua mereka berada, pada bila-bila masa.

“Kami gembira dengan kejayaan pelancaran Measat-3d baru-baru ini yang bakal memainkan peranan penting dalam keupayaan komunikasi mudah alih, fiber dan satelit untuk membawa pengalaman rangkaian yang lebih baik kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI