fbpx

Guru siram pelajar tidur dalam kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang guru menyiram kepala seorang pelajar perempuan di dalam kelas. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang guru wanita menyiram seorang pelajar perempuan yang meletakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo. Kejadian dikatakan berlaku di wilayah Kalimantan Timur. 

Guru berkenaan dikatakan menyiram air selepas melihat pelajarnya meletakkan kepalanya di atas meja.

Pelajar itu dilihat terkejut lalu berhenti menulis sebelum ditegur oleh guru berkenaan.

Kelihatan buku nota pelajar tersebut basah kuyup akibat terkena air. 

Setelah pelajar tersebut bangun, guru itu mengangkat buku notanya untuk mengelak daripada terkena air. 

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Niatnya baik tapi caranya salah,” kata seorang netizen.

“Zaman dulu mungkin biasa tetapi zaman sekarang mungkin kurang sesuai,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI