fbpx
IANNONE masih dalam tempoh penggantungan yang bakal berakhir 16 bulan lagi selepas menggunakan bahan terlarang pada 2019. – AFP

Andrea Iannone rindu kembali ke litar lumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM – Pelumba profesional kelahiran Itali, Andrea Iannone mengakui belum putus harapan untuk membuat kemunculan kompetitif pada pentas Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) meskipun masih digantung sehingga penghujung tahun depan.

Sebagai rekod, Iannone te­lah digantung oleh Agensi ­Anti-doping Dunia (WADA) se­lama empat tahun selepas didapati bersalah menggunakan bahan terlarang ketika bersaing pada Grand Prix (GP) Malaysia pada musim 2019.

Bekas pelumba pasukan Du­cati berusia 33 tahun itu percaya, tempoh penggantungan berbaki hampir 16 bulan tidak terlalu ke­tara untuk dirasai, selain percaya peluangnya kembali pada perlumbaan kompetitif musim 2024 kekal terbuka.

“Saya akan kembali bersaing secara profesional selepas ber­akhir tempoh penggantu­ngan dan inilah azam yang cuba semat dalam diri. Tidak kira berlumba di pentas MotoGP atau Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), saya bakal kembali.

“Malah, saya juga memiliki hubungan cukup baik de­ngan bekas majikan saya, Aprilia dan dua individu penting dalam karier, Carlo Pernat (bekas pengurus) serta Paolo Campinoti (bos Pramac). Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, tapi saya tetap positif,” kata­nya.

Sementara itu, Iannone turut percaya pasukan Aprilia mampu mencabar kejuaraan dunia pada saingan MotoGP musim ini sekiranya lebih konsisten selepas pelumba utama, Aleix Espargaro berada di kedudukan kedua ke­seluruhan kategori pelumba.

“Aleix cukup luar biasa pada saingan musim ini. Dia lebih berpeluang mencabar pendahulu, Fabio Quartararo (Yamaha) berbanding pelumba Ducati, Pecco Bagnaia yang dilihat gagal memberi prestasi konsisten se­perti yang diharapkan,” katanya.
– AGENSI

POPULAR