fbpx

60,000 permohonan pasport sebulan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen (JIM) Selangor memperkenalkan Kiosk MyOnline Pasport bagi membantu memudahkan proses permohonan pasport di negeri ini.

JIM Selangor dalam kenyatannya berkata, permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di seluruh negeri Selangor dianggarkan sebanyak 2, 900 permohonan sehari.

Katanya, ini bermakna dalam sebulan hampir mencecah kepada 60,000 permohonan.

“Atas dasar ini, JIM Selangor mengambil pendekatan proaktif dengan mewujudkan kiosk ini dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang hadir bagi mendapatkan naskhah PMA dengan lebih mudah dan cepat.

“Inisiatif ini seiring dengan kemajuan dan perkembangan dunia digital masa kini yang menuntut kepada orientasi gajet pelanggan yang semakin berkembang dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

Terdahulu, sesi demonstrasi Kiosk MyOnline Pasport di Kiosk Pejabat Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor turut dihadiri Pengarah Imigresen Selangor, Dr. Muhammad Syahmi Jaafar.

Kosmo! difahamkan proses permohonan menerusi kiosk tersebut dapat memendekkan masa kepada 45 minit berbanding sejam sebelum ini.

Jelas JIM Selangor, kemudahan Kiosk ini dapat membantu pelanggan yang hadir secara walk-in ke pejabatnya di UTC terutamanya pada waktu puncak.

“Kategori yang layak diberi kemudahan Kiosk ini adalah pemohon yang berusia 13 tahun dan ke atas yang mana ia bukan dari kategori permohonan PMA baru, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Selain itu, PMA yang hilang atau rosak atau para pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI