fbpx

17 atlet gagal dikesan selepas Sukan Komanwel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULEMAN Baloch menjadi salah seorang atlet Pakistan yang melarikan diri di Birmingham selepas temasya Sukan Komanwel berakhir. – AGENSI

LONDON – Sepanjang Sukan Komanwel Birmingham 2022 berlangsung, pihak polis West Midlands mendedahkan, sebanyak 17 atlet yang menyertai temasya tersebut dilaporkan hilang oleh kontinjen masing-masing.

Antara atlet yang dilaporkan hilang ialah Sri Lanka, Pakistan, Cameroon, Ghana dan Botswana dilaporkan hilang semenjak sukan itu bermula pada 28 Julai lalu.

Dua peninju Pakistan yang dikatakan masih hilang dan gagal dikesan sehingga kini ialah Suleman Baloch and Nazeer ­Ullah Khan.

Lima lagi dari kontinjen Sri Lanka dan seorang lagi dari ­Ghana. Terdahulu, atlet Bots­wana dan seorang dari Ca­meroon dilaporkan hilang, te­tapi kedua-dua atlet berkenaan telah ditemui.

Pihak polis dan pegawai imig­resen dikatakan telah be­kerjasama untuk memastikan kebajikan serta keselamatan atlet yang ditemui terjamin.

“Kami telah menerima sebanyak 17 laporan berkenaan kehilangan individu hilang yang menyertai temasya Sukan Komanwel 2022.

“Antara yang dilaporkan hilang ialah membabitkan 13 atlet dan empat anggota delegasi,” kata jurucakap pihak berkuasa West Midlands. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI