fbpx

Syafie teringin nak sebingkai dengan Nad, Ummi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIE Naswip meluahkan keinginan berlakon bersama dua pelakon wanita hebat iaitu Nad Zainal dan Ummi Nazeera.

SETIAP anak seni pasti mengimpikan untuk bekerja bersama pelakon idaman, begitu juga Syafie Naswip.

Dalam satu hantaran InstaStorynya baru-baru ini, dia ada menyuarakan hasrat untuk terlibat dalam projek bersama nama-nama hebat industri.

Antaranya ialah Nad Zainal, Ummi Nazeera dan Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Barisan nama yang disenaraikan Syafie bukan calang-calang dan pastinya projek tersebut akan menjadi hebat sekiranya berjaya direalisasikan.

Harapnya ada pengarah dan penerbit mahu menghasilkan projek yang diimpikan oleh Syafie.

Manalah tahu, projek tersebut akan meletup dan menjadi karya hebat nanti? Jadi, janganlah takut melabur dan berbelanja untuk orang-orang hebat.

DIVA: Hebat penangan Meerqeen, berjaya melebarkan sayap sampai ke Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI