fbpx

Kafe kopi di Jepun guna hampir 370 juta cawan pakai buang pada 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan cawan plastik dan kertas pakai buang yang digunakan untuk menghidangkan minuman oleh sembilan rangkaian kopi utama di Jepun. - Greenpeace Japan/Kyodo

TOKYO – Kira-kira 369.65 juta cawan pakai buang digunakan untuk menghidangkan minuman oleh sembilan rangkaian kedai kopi utama di Jepun pada tahun 2020 sahaja, lapor akhbar The Maniachi kelmarin.

Berdasarkan tinjauan terbaharu kumpulan pemuliharaan alam sekitar, Greenpeace Japan, angka itu menonjolkan kemajuan terhad dalam mempromosikan cawan boleh guna semula bagi mengurangkan sisa buangan.

Menurutnya, satu juta bekas plastik dan cawan digunakan pada setiap hari dan jika disusun, ketinggiannya adalah lebih daripada 10,000 Gunung Fuji atau setinggi 37,000 kilometer .

Kumpulan itu meninjau rangkaian kedai kopi utama termasuk Starbucks, Tully’s Coffee, Pronto, Doutor, Caffe Veloce, Excelsior Caffe dan  Ueshima Coffee House. 

Starbucks menggunakan jumlah terbesar cawan tersebut sekitar 231.7 juta di mana kira-kira 142.1 juta daripadanya adalah cawan plastik. 

Ketiga-tiga rangkaian kedai kopi itu kebanyakannya menyajikan minuman dalam cawan pakai buang walaupun kepada pelanggan yang minum di kedai, demikian menurut Greenpeace.

Tiga rangkaian kedai kopi tersebut, masing-masing hanya menghidangkan 3 peratus, 20 peratus dan 31 peratus minuman kopi menggunakan cawan guna semula ataupun gelas biasa.

Seorang pegawai perhubungan awam Starbucks Coffee Japan Ltd. memberitahu agensi berita Kyodo News bahawa rangkaian kopi yang beribu pejabat di Seattle itu menetapkan sasaran global untuk mengurangkan separuh sisa cawan pakai buang menjelang 2030 berbanding 2019.

Sebagai sebahagian usaha tersebut, Starbucks Jepun mula menghidangkan minuman sejuk di dalam gelas di 106 kedainya sejak April lalu, sambil menawarkan minuman bawa pulang menerusi sewaan cawan boleh guna semula secara percubaan.

Laporan sama menyatakan, kira-kira 91,000 cawan sekali guna dibuang pada setiap jam di sektor kafe Jepun sahaja. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI