fbpx

Gali terowong untuk rompak bank, akhirnya tertimbus akibat runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba Itali mengeluarkan seorang lelaki yang disyaki perompak yang tertimbus dalam runtuhan di Rom pada 11 Ogos lalu. - AFP

ROM – Pihak berkuasa Rom di Itali menarik keluar seorang lelaki dari runtuhan sebuah terowong berhampiran Vatican City selepas dia dikatakan cuba merompak sebuah bank, lapor laman berita Wion News semalam.

Lelaki itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan kritikal ketika anggota penyelamat mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkannya dari runtuhan.

Laporan mendakwa lelaki itu bekerjasama dengan tiga suspek lain untuk melakukan rompakan.

Sekurang-kurangnya dua daripada suspek lain telah ditahan polis ketika cuba melarikan diri dari kawasan itu. Polis dilaporkan telah mendakwa dua lelaki berkenaan kerana mengelak daripada diberkas.

Menurut laporan, kesemua suspek menggali terowong di bahagian bawah tanah sebuah kedai selama beberapa hari untuk sampai ke bank.

Mereka merancang melakukan rompakan semasa cuti umum Ferragosto di Itali apabila bank itu akan ditutup, kata laporan.

Pasukan penyelamat mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan suspek yang tertimbus ketika anggota bomba dikerahkan menjalankan kerja-kerja menyelamat. Dia dikatakan meminta bantuan apabila terowong itu mula runtuh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI