fbpx

Anna, Meerqeen diserbu peminat di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN Anna dan Meerqeen di Jakarta hari ini disambut meriah oleh peminat mereka di sana.

PETALING JAYA – Kehadiran pasangan serasi popular, Anna Jobling dan Meerqeen ke Indonesia hari ini mencetuskan ‘kekecohan’ dan kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta apabila peminat fanatik mula berkumpul sejak awal pagi untuk bertemu pelakon kegemaran mereka

Difahamkan, peminat fanatik mereka telah ‘berkampung’ di lapangan terbang tersebut sejak awal pagi kerana tidak mengetahui waktu ketibaan pasangan berkenaan.

Anna menerusi satu kenyataan memberitahu tidak menyangka kehadirannya di negara jiran disambut meriah dan peminat bersesak untuk bertemunya.

“Memang saya terima banyak mesej di Instagram mahu bertemu di lapangan terbang, namun tidak menyangka mereka hadir dengan sepanduk dan banyak beri hadiah hari jadi.

“Saya terharu dengan sambutan yang diberikan mereka. Terima kasih untuk semua kasih sayang ini,” katanya.

Pasangan drama Melur Untuk Firdaus itu ‘terbang’ ke Jakarta bagi memenuhi undangan temu bual bersama media, stesen televisyen Trans TV dan sesi bertemu peminat di sana.

Sementara itu, Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, mengakui mengalami sedikit keresahan apabila dikerumun oleh peminat secara tiba-tiba.

“Drama Melur Untuk Firdaus memang berjaya menaikkan nama dan memberi impak besar dama karier lakonan kami.

“Terima kasih buat semua peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dan menunggu kehadiran kami di sini,” kata pelakon drama Angkata Cinta itu.

Melur Untuk Firdaus yang telah baru selesai bulan lalu bukan sahaja mendapat sambutan hangat di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Singapura dan Filipina.

Drama popular yang disiarkan di TV3 itu mendapat lebih 11 juta tontonan di Malaysia telah mencetus fenomena luar biasa sehingga berjaya mengumpul 2.7 bilion tanda pagar tontonan di Tiktok.

Selain jumlah tontonan yang tinggi, peminat drama tersebut juga turut melahirkan harapan untuk melihat Anna dan Meerqeen menjadi pasangan kekasih yang sebenar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI