fbpx
WANITA itu mengatakan bahawa dia dan keluarganya adalah vegetarian. - Shutterstock

Wanita batal perkahwinan, tunang tukar menu vegetarian tanpa pengetahuannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Seorang wanita dipuji kerana membatalkan perkahwinan selepas tunangnya menukar semua pilihan makanan vegan dalam menu untuk tetamu tanpa pengetahuannya, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejadian itu diceritakan menerusi perkongsian di laman Reddit oleh akaun bernama SarahJake2022.

“Tunang saya, 31 dan saya, 25, kami akan berkahwin tidak lama lagi. Tidak banyak perselisihan antara kami kecuali soal makanan.

“Saya dan keluarga adalah vegetarian dan terdapat banyak sebab kami memilih gaya hidup ini. Salah satunya adalah kerana kami mempunyai sejarah masalah kesihatan.

“Tunang saya dan keluarganya adalah sebaliknya. Mereka pemakan daging tegar dan saya menerima seadanya,” kata wanita itu.

Wanita itu mahu menambah empat atau lima pilihan vegan pada menu, tetapi tunangnya membantah dan mengatakan ia adalah ‘membazir wang’ dan ‘bukan makanan sebenar’.

“Pada hari lain, saya mendapat tahu dia telah membatalkan semua pilihan vegan daripada menu tanpa pengetahuan saya. Saya menelefonnya di tempat kerja tetapi dia tidak menjawab panggilan.

“Saya terus ke tempat kerjanya dan bersemuka dengannya. Dia pada mulanya berkata itu adalah idea ibunya sebelum menyuruh saya pulang,” katanya.

Wanita itu menerangkan bagaimana pergaduhan itu kemudiannya berterusan di rumah.

Dalam kemas kini seterusnya, wanita itu mengatakan bahawa ibu tunangnya menghantar mesej untuk mempertahankan keputusan anaknya.

Wanita itu telah memuat naik kemas kini kedua untuk mengatakan bahawa perbincangan mereka ‘tidak berjalan lancar’ dan perkahwinan itu telah dibatalkan. – Agensi

POPULAR